Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 3, 2013

No Comment
Berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih.



Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad, jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.

SYED IBRAHIM SYED AHMAD / PENGERUSI JAWATANKUASA DAKWAH DAN ISLAMIAH PAHANG
"Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih".

Syed Ibrahim ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, siang tadi.

Tegasnya, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengesan ada pengurusan masjid mengadakan tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tindakan itu, katanya, telah menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan.

0 comments:

Post a Comment