Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 21, 2013

No Comment
Dr Juanda Jaya

SHAH ALAM - Pengikut yang terlalu obses dengan fahaman Syiah selepas berlaku revolusi Iran 1979 akan mendatangkan ancaman kepada negara.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, ia kerana fahaman itu bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk empat mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali.

“Dulu fahaman ini tidak mendatangkan ancaman, tetapi selepas revolusi Iran 1979, ia menjadi ancaman melibatkan akidah kerana bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Fahaman Syiah juga boleh mendatangkan ancaman kepada politik negara kerana bertindak untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti berlaku di Iran kerana mereka menganggap kerajaan mereka adalah sekular,” katanya.

Beliau berkata, sejarah fahaman Syiah mula menular akibat timbul perasaan tidak puas hati terhadap golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah selepas kewafatan Rasulullah yang mula bertapak di Iran.

“Syiah bermula selepas kejatuhan kerajaan Safawiah, soal  kecintaan kepada keluarga nabi (Muhammad SAW) digunakan untuk menyentuh emosi, daripada emosi itu dikembangkan sifat kebencian dengan kalangan sahabat nabi.

“Fahaman ini mendakwa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar, Mereka mengatakan empat sahabat nabi murtad,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, Ahli Sunnah menolak fahaman Syiah yang dianggapnya melampau yang boleh meruntuhkan Islam.

Sementara itu, menyentuh fahaman Syiah yang semakin menular di negara ini, beliau berkata sejarah perkembangannya bermula sebelum merdeka.

“Pedagang India semasa datang ke Tanah Melayu, mereka ada yang terdiri daripada Syiah, tapi mereka tidak mendatangkan ancaman kerana tidak disebarkan kepada orang lain.

“Tetapi masalahnya datang selepas revolusi Iran yang turut mendapat tempias rakyat Malaysia yang menghantar anak-anak mereka belajar di Iran. Hasilnya mereka terpengaruh fahaman itu kemudian dibawa balik ke negara ini dan mengamalkan fahaman itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment