Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 7, 2013

No Comment
Luke Junior

Sheffield – Dengan pergerakannya yang lebih pantas daripada troli, Luke Junior mempamerkan aksi serta-merta berpakaian Superman untuk menangkap seorang pencuri daging.
Orang ramai bersorak apabila Luke menangkap pencuri berkenaan.
Luke, 24, berada di situ secara kebetulan untuk menjadi model super hero berkenaan bagi satu acara kebajikan. “Dia keluar dari pusat beli-belah ketika saya bergambar dengan beberapa kanak-kanak.
“Saya mendengar pengurus pusat itu menjerit ‘Tangkap orang itu!’” katanya.
Selepas pasti apa sebenarnya berlaku, ‘Superman’ itu betindak pantas dan menangkap pencuri berkenaan.
Pengacara di majlis kebajikan yang dihadiri Luke itu kemudian memainkan lagu tema filem Superman dan orang ramai bertopak sorak untuk meraikan kejayaan Luke.
“Saya kembali kepada kanak-kanak berkenaan dan memberitahu mereka supaya jangan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment