Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 9, 2013

No Comment
Anjing Terperangkap Dalam Enjin Kereta

Satu pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati seekor anak anjing terperangkap dalam enjin keretanya selepas satu perjalanan sejauh kira-kira 6 kilometer.
Mereka menggunakan kereta berkenaan dari Hallandale Beach  South Florida sebelum menyedari ada sesuatu terperangkap dalam ruangan enjin kereta mereka.
Sepasukan penyelamat dari Pejabat Sheriff Daerah dipanggil ke tempat kejadian dan menemui seekor anjung di dalam bahagian enjin berdekatan stereng kereta jenis Chrysler PT itu.
Penyelamat Sheriff, Mike Jacgles berkata pasangan itu menyedari enjin tidak berfungsi seperti biasa seperti ada benda yang tersangkut.
Dalam masa kurang dua minit, anjing comel yang malang itu berjaya dikeluarkan dan tidak diketahui bagaimana anjing itu boleh berada di dalam enjin sebelum itu.
Anjing itu dibawa oleh para penyelamat untuk diperiksa dan diberikan minum air selepas kehilangan air yang banyak kerana cuaca di South Florida amat panas ketika ini.
Anjing itu diberikan nama gelaran “Road Dog” selepas di selamatkan bandar di Pantai Dania.
Menurut Mike, ia kelihatan seperti sebuah pit stop untuk perlumbaan Indi 500 di mana mereka terpaksa menanggalkan tayar kereta PT Cruiser itu. – Ibnu

0 comments:

Post a Comment