Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 20, 2013

No Comment
Range Rover

Tidak pasti sama ada pemandunya tersilap masuk jalan atau terlupa hari ini dia memandu kereta bukannya menunggang motosikal – tapi sebuah Range Rover putih telah direkod memasuki laluan motosikal di lebuhraya Federal.
Di satu simpang, pemandu Range Rover tersebut dilihat membrek kenderaan, mungkin cuba untuk memasuki semula laluan betul lebuhraya di sebelah namun membatalkan hasrat setelah dihon apatah lagi simpang keluar terlalu kecil.
Justeru perjalanan diteruskan sampailah dia menemui simpang keluar. Kiranya, agak jenuh jugalah beberapa pengguna motosikal terpaksa akur berada di belakang Range Rover tersebut yang telah memenuhi jalan.
Kepada para pemandu, pastikan tumpuan anda tidak terganggu di jalanraya. Jika perkara sebegini berlaku ia pasti mengundang panik dan malu bukan? Mujur tak sangkut kat dalam terowong!
Oleh: REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment