Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 21, 2013

No Comment

London: Saintis berjaya mencipta sejenis pisau pembedahan ‘pintar’ yang boleh mengesan sama ada tisu yang dipotong mempunyai sel barah, menjanjikan pembedahan lebih berkesan dan tepat di masa akan datang.

Peralatan itu, dihasilkan penyelidik Imperial College di sini, membenarkan doktor mengurangkan pembedahan tambahan untuk mengeluarkan lebih banyak tumor kanser.
Teknologi itu, secara berkesan menggabungkan pisau pembedahan elektrik yang memotong menerusi tisu menggunakan haba dengan jisim spektrometer untuk analisis kimia, juga ditunjukkan berupaya membezakan daging lembu daripada kuda.


Satu perlima daripada pesakit barah yang menjalani pembedahan membuang ketulan barah memerlukan pembedahan kedua.

Selesai masalah

Pisau bedah baru, ‘iKnife’ direka untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera mengambil sampel asap ketika tisu dipotong menggunakan arus elektrik untuk melihat jika ia mempunyai kanser.

Dalam kajian pertama untuk menguji peralatan itu ke atas pesakit, iKnife mendiagnos sampel tisu daripada 91 pesakit dengan 100 peratus ketepatan, lapor penyelidik Sains Perubatan Terjemahan di Imperial College di sini.
Ketika ini, tisu yang dikeluarkan dihantar untuk analisis makmal sementara pesakit masih dibius, namun setiap ujian mengambil masa setengah jam, sementara iKnife memberi maklum balas kurang tiga saat.

Lihat prestasi iKnife

Ia melakukannya dengan menganalisis maklumat biologi diberi daripada tisu terbakar dan membandingkan penemuan itu dengan satu pangkalan data cap jari biologi daripada tumor dan tisu sihat.

“Ia adalah satu inovasi yang benar-benar mengujakan serta teknik amat cerah untuk digunakan ke atas semua jenis pembedahan,” kata Emma King, seorang pakar bedah kepala dan leher di Hospital Southampton, England, yang tidak terbabit dalam penyelidikan itu.

Namun, beliau mahu melihat bagaimana prestasi iKnife dalam satu percubaan klinikal secara rawak.

Zoltan Takats dari Imperial College, yang mencipta peralatan itu, berkata beliau mensasarkan untuk mengujinya dalam kajian seperti itu, membabitkan antara 1,000 dan 1,500 pesakit dengan pelbagai jenis kanser.

Proses percubaan itu kemungkinan mengambil masa dua atau tiga tahun dan setelah itu barulah iKnife diserahkan untuk mendapatkan kelulusan, memberi laluan untuk mengkomersialkannya. - AGENSI 

0 comments:

Post a Comment