Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 21, 2013

No Comment
Wanita Muncul Kembali Selepas Hilang 52 Tahun

SEORANG ibu yang hilang sekitar awal tahun 60-an ketika berusia 25 tahun kini muncul kembali 52 tahun kemudian, masih hidup dan masih sihat serta tinggal bersama keluarga baru di Yukon, British Columbia.
Lucy Johnson, ketika ini berumur 77 tahun hilang dari rumahnya di Surrey pada September 1961 dan sejak itu gagal ditemui walaupun pihak polis giat menjalankan siasatan dan operasi mencarinya.
Suaminya juga disiasat  oleh polis selepas disyaki membunuh Lucy.
Marvin Johnson menjadi suspek utama dituduh melupuskan mayat wanita itu di kebun belakang rumah mereka sehingga pihak polis  terpaksa menggali kawasan itu ketika siasatan berjalan.
Marvin bertuah kerana pihak polis menggugurkan kes kerana tiada bukti kukuh dan Lucy terus hilang tanpa jejak.
Lucy ditemui oleh anak perempuannya yang mula mengumumkan kehilangannya di akhbar tempatan dan misteri kehilangannya kembali hangat selepas menjadi perhatian polis Kanada selepas lebih separuh abad.
Anak perempuannya, Linda kemudian menerima panggilan dari seorang wanita misteri yang mengaku sebagai kakak tirinya, memaklumkan ibunya kini tinggal di Yukon bersama keluarga baru.
Sehingga hari ini, tidak diketahui motif Lucy menghilangkan diri. – Sumber Metro.co.uk
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment