KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 7 pagi Ahad.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Alor Setar dan Tanah Merah (54), Bakar Arang (57), Nilai dan Kangar (56), Balok Baru dan Paka (63), Kg Air Putih (52), S K Jalan Pegoh (53) dan Kemaman (51).
Kawasan lain mencatat bacaan IPU baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment