Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

JEDDAH – Kerajaan Arab Saudi menyatakan semalam bahawa negara itu mencatat 11 kes jangkitan maut virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di sini termasuk kakitangan hospital.

Agensi berita Saudi Press Agency memetik pihak berkuasa kesihatan di sini sebagai berkata, dua pesakit telah meninggal dunia, enam sembuh manakala tiga lagi masih dirawat.

Jabatan kecemasan Hospital Raja Fahd di bandar raya ini ditutup untuk operasi pembersihan kuman selepas seorang pekerja kesihatan didapati dijangkiti virus MERS manakala ujian berikutnya terhadap seorang staf lain turut positif.

“Sebahagian pesakit dipindahkan ke beberapa hospital lain sepanjang operasi membunuh kuman itu dilakukan,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Seorang jururawat di Hospital Raja Abdul Aziz didapati positif ujian MERS tetapi tiada jangkitan melibatkan pekerja lain di hospital berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada hospital lain di sini mencatat kes MERS .

Pihak berkuasa sama turut menafikan berita bahawa dua lagi kematian akibat penyakit itu telah berlaku.

Virus MERS muncul di Asia Barat pada tahun 2012 dan berasal daripada keluarga virus penyebab sindrom pernafasan akut teruk (SARS).

Penyakit itu boleh menyebabkan batuk, demam dan jangkitan pneumonia.

Walaupun jumlah jangkitan MERS di seluruh dunia agak kecil, saintis-saintis dan pegawai kesihatan berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran penyakit itu kini merebak di luar rantau Asia Barat dan menyebabkan kematian lebih 40 peratus penghidapnya.

Sejumlah kes telah dilaporkan di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Tunisia selain di beberapa negara Eropah. – Reuters

0 comments:

Post a Comment