Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 26, 2014

26
Apr2014
No Comment

SEHINGGA ke hari ini, adik kepada mendiang pelakon Paul Walker, Cody Walker merasakan kematian abangnya itu sebagai ‘tidak benar’.

Dia yang menggantikan Paul dalam filem terbaru ‘The Fast and Furious 7′ itu berkata, ia seolah-olah abangnya sedang berada jauh untuk penggambaran seperti sebelum ini.

“Kadang-kadang dia berjauhan dengan keluarganya tiga, empat atau enam bulan dalam suatu masa. Komunikasi kami hanyalah melalui panggilan telefon,” ujarnya.

Menurut Cody lagi, Paul pernah berkata yang dia ‘cemburu’ melihatnya masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti biasa kerana tidak dikenali sepertinya.

“Dia berkata yang dia tidak dapat menonton wayang, tidak dapat menonton filem kegemarannya, tapi saya masih berpeluang melakukannya,” katanya sambil menahan sebak.

Ternyata Cody masih memerlukan masa untuk menerima sepenuhnya kehilangan insan tersayang dalam keluarganya.

Dia kini mengambil alih tugas Paul sebagai pengurus jenama Reach Out WorldWide (ROWW), sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh abangnya pada tahun 2010 bagi membantu mangsa bencana.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

(Sumber: Huffington Post)

0 comments:

Post a Comment