Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

Los Angeles – Kakak tirinya disifatkan sebagai individu paling berpengaruh oleh Time Magazine namun bagi Nixon Knowles, nasibnya tidak sama seperti Beyonce.

Nixon, yang berusia empat tahun, terpaksa menetap bersama ibunya, Alexsandra Wright di dalam treler.

Budak itu adalah anak hasil hubungan Wright dengan bapa Beyonce iaitu Mathew Knowles.

Wright tidak mampu menyewa rumah selepas hakim membenarkan permohonan Mathew untuk memotong bayaran nafkah untuk mereka selepas mendakwa pendapatannya telah berkurangan.

Apa yang menyedihkan, hakim juga bersetuju bahawa Mathew telah terlebih membayar Wright sebanyak $110,000.

Sekaligus membolehkan Mathew terlepas daripada tanggungjawab membayar nafkah tersebut.

Wright bagaimanapun tidak mengharapkan Beyonce menggunakan wang jutaan ringgitnya itu untuk membantu mereka, sebaliknya hanya mahu Mathew menerima tanggungjawab berkenaan.

“Lakukan perkara yang betul dengan bertanggungjawab kepada anak ini. Saya tahu ia bukan salah Beyonce, jadi saya tidak salahkannya,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment