Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

JERTEH – Seorang murid tahun enam yang juga anak seorang anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika pulang dari sekolah dalam kejadian petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian di Km 3, Jalan Jerteh-Pasir Putih itu, Nur Humaira Ahmad, 12, maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Kejadian berlaku pukul 3.15 petang ketika murid Sekolah Kebangsaan Padang Luas itu menunggang basikal untuk pulang ke rumah di Taman D’ Saujana yang terletak di seberang jalan sekolahnya, kata Kamaruddin kepada pemberita hari ini.

Katanya kanak-kanak itu dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 24 tahun yang berasal dari Kampung Simpang Tiga Pak Wong, Jerteh.

Beliau berkata mayat anak Koperal Ahmad Harun itu kemudian dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya lewat petang.

Kes disiasat menurut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment