LONDON – Arsenal melonjak dengan kelebihan empat mata daripada Everton dalam perebutan tempat keempat untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menang selesa 3-0 ke atas Newcastle, awal pagi tadi.
Penyerang Laurent Koscielny melakukan jaringan awal dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates sebelum Mesut Ozil meledak gol kedua yang juga ke-10 untuknya musim ini.
Olivier Giroud pula menambah derita Newcastle dengan gol ke-21 miliknya bersama The Gunners, sekali gus memastikan Arsenal layak ke Eropah untuk kali ke-17.
Skuad Arsene Wenger kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan daripada dua perlawanan berbaki musim ini iaitu menentang West Bromwich Albion dan Norwich City. – AFP
0 comments:
Post a Comment