Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

ADA cerita yang kurang enak kami dengar mengenai pelakon kacak yang sedang meningkat naik, Keith Foo.

Khabarnya, penerbit dan pengarah Shahrul Ezad bengang apabila pelakon itu meminta RM20,000 untuk berlakon dalam telefilem yang bakal diterbitkannya, memetik laporan Harian Metro.

Jumlah itu dirasakan cukup melampau dan tidak sepadan dengan telefilem yang tidak tinggi kos pembikinannya.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh Keith Foo yang memberitahu bahawa dia tidak mengenali Shahrul Ezad apatah lagi berjumpa dengannya, menerusi sebuah lagi akhbar tempatan.

Dia turut menyifatkan ia sebagai lumrah yang perlu diterimanya sebagai seorang artis.

Persoalannya, kenyataan siapakah yang betul sebenarnya?

Atau mungkin bayaran yang diminta itu datang dari pihak pengurusan Keith Foo tanpa memaklumkan kepada aktor itu sendiri?

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment