Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Evolusi dalam trend penyeludupan dan pengedaran dadah kini dilihat semakin agresif sekali gus menjadikan modus operandi sindiket terbabit semakin kompleks.

Kelicikan sindiket pengedaran dadah itu bagaimanapun tidak merencatkan usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang kegiatan itu sama ada dijalankan sindiket berskala besar mahupun kecil.

Dalam usaha membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah sehingga ke akar umbi, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik atau lebih dikenali sebagai STING terus menjejak, menjalankan perisikan serta serbuan terhadap sindiket terbabit.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya kini memfokuskan pembanterasan kegiatan penyeludupan dadah secara kurier dan sindiket yang bergerak secara kecil-kecilan melalui dalam talian atau online.

Sindiket terbabit dikesan bergerak melalui dalam talian dan kemudian menghantar pelbagai jenis dadah yang ditawarkan di luar negara melalui bungkusan atau ‘parcel’ kepada penerima.

“Sekarang dadah boleh dibeli secara online dari luar negara, orang sudah boleh pilih dadah apa yang terbaru di pasaran untuk dicuba sebelum dihantar melalui parcel,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Beliau berkata, JSJN juga kini meningkatkan lagi sistem pengurusan maklumatnya dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah menerusi online.
“Dari segi siasatan pula, kita mahu pastikan bahawa pegawai penyiasat kita mempunyai pengalaman luas dan berkebolehan tinggi untuk pastikan semua kes yang dibawa ke mahkamah ada pertuduhan.

“Kami perlukan pegawai penyiasat yang komited, rajin, memiliki pengetahuan luas dalam ICT serta kredibilitinya tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Selain itu, Noor Rashid berkata, pihaknya juga memberi tumpuan terhadap pelajar sekolah serta penuntut pusat pengajian tinggi yang terbabit dalam jenayah dadah.

Beliau berkata, pembabitan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam jenayah dadah seperti memiliki, mengedar, mengambil dan menyalahgunakan dadah, kini semakin membimbangkan.

Statistik menunjukkan sepanjang tempoh 2011 hingga 2014, sebanyak 339 penuntut IPT swasta ditahan kerana terbabit dalam pengedaran dadah, 205 (memiliki dadah), dan 1,080 (penyalahgunaan dadah).

Bagi tempoh sama, sebanyak 15 penuntut IPT awam ditahan kerana terbabit dalam pengedaran dadah, 71 (memiliki dadah), dan 255 (penyalahgunaan dadah).

Bagi sekolah menengah pula, pelajar terbabit dalam pengedaran dadah sebanyak 89 orang, 216 (memilik dadah), 1,281 (penyalahgunaan dadah), manakala bagi sekolah rendah pula, murid ditangkap kerana mengedar dadah adalah sembilan orang.

Noor Rashid berkata, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan yang bertindak sebagai penyalur maklumat mengenai pelajar yang disyaki terbabit dengan dadah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment