Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mencabar kerajaan PAS Kelantan membuktikan seramai 465,000 rakyat negeri itu benar-benar mahu undang-undang hudud dilaksanakan di negeri berkenaan.

Penyelaras Hak Perbicaraannya, Ahmad Syukri Ab. Razab mendakwa, kerajaan Kelantan tidak boleh menjustifikasikan usaha itu hanya berdasarkan cakap-cakap sebaliknya membuktikan perkara itu secara jelas melalui referendum rakyat.

“Jumlah rakyat Kelantan yang berdaftar sebagai pengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seramai 918,573 orang. Undi diperolehi PAS sebanyak 44 peratus daripada jumlah itu iaitu seramai 400,238 orang.

“Untuk mendakwa majoriti rakyat Kelantan menyokong PAS (melaksanakan hudud), maka PAS perlu mendapat sekurang-kurangnya 465,000 undi. Referendum rakyat kaedah terbaik PAS membuktikan hasrat itu benar-benar kehendak rakyat Kelantan dan bukan sekadar impian parti itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri menyelar pemimpin PAS yang membuat kenyataan mudah dengan mendakwa semua pihak tidak perlu mempertikaikan usaha kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud kerana majoriti rakyat Kelantan mengundi parti itu.

Dakwanya, adalah tidak sesuai untuk kerajaan Kelantan menggunakan mandat PRU13 bagi melaksanakan satu polisi yang akan memberi implikasi kepada seluruh rakyat Kelantan termasuk yang tidak mengundi parti itu.

“Kerajaan PAS Kelantan tidak perlu sedih jika rakyat Kelantan menolak perlaksanaan hudud dalam referendum itu kerana ia petunjuk rakyat Kelantan mengharapkan lebih penjelasan mengenai undang-undang berkenaan,” katanya.

Dakwanya, adalah lebih baik kerajaan Kelantan mengetahui rakyat negeri itu menolak perlaksanaan hudud dalam referendum tersebut daripada parti itu ditolak oleh rakyat Kelantan semasa PRU14.

0 comments:

Post a Comment