Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 20, 2014

No Comment

HARI ini orang ramai berkumpul memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh, yang meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya Khamis lepas.

Dalam suasana suram dan sedih ini, cucu sulung Harimau Jelutong, Akhshay Singh Deo, 11 tahun, telah bersumpah ingin menjadi seorang peguam yang berani dan berdedikasi seperti datuk beliau.

“Saya ingin jadi Harimau Jelutong seterusnya!” kata Akhshay, ketika ditanyakan Malaysian Insider sekiranya ingin mengikut jejak langkah datuk beliau dan menjadi seorang peguam yang pertahankan mereka yang ditindas.

Akhshay merupakan anak sulung kepada Jagdeep Singh Deo, anak sulung Karpal Singh, seorang penggubal undang-undang negeri Pulau Pinang.

Kanak-kanak ini turut kongsikan sebuah mimpi bersama datuk beliau yang dialami sebelum mendapat tahu khabar berita bahawa datuk beliau meninggal dunia. Dalam mimpi tersebut, Akhshay bermain bersama datuk beliau di tepi pantai. – MyLaunchPad

0 comments:

Post a Comment