Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP,  Teresa Kok Suh Sim mendakwa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertindak melampau kerana melarang pengusaha meletakkan bible di bilik hotel.

Beliau yang merupakan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mendakwa, larangan itu satu berbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar jaminan Perlembagaan negara dalam kebebasan beragama.

“Bible itu diletakkan di bilik-bilik hotel dengan tulisan perkataan ‘untuk bukan Islam sahaja’. Oleh itu adalah salah bagi MUIP mengandaikan bahawa ia sebagai tindakan untuk menyebar kepercayaan agama lain kepada orang Islam,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Teresa meminta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob campur tangan dalam perkara tersebut untuk mengelakkan imej negara diperingkat antarabangsa terjejas.

Media kelmarin melaporkan MUIP melarang pemilik hotel di negeri itu menempatkan bahan bacaan agama selain Islam di dalam bilik penginapan pelanggan mereka.

Timbalan Yang Dipertua MAIP Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dipetik berkata, surat tentang perkara itu telah diedar kepada 147 hotel di seluruh Pahang sejak 6 Mac lalu dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jelas Wan Abdul Wahid, tindakan meletak bahan-bahan itu boleh dianggap sebagai perbuatan menyebarkan fahaman agama lain kepada orang Islam selaku sebahagian daripada pihak awam yang menginap di hotel terbabit.

Larangan tersebut dibuat mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 bagi negeri ini selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

0 comments:

Post a Comment