CZECH– Lelaki gelandangan ini dilabelkan sebagai lelaki paling kotor di Eropah. Kenapa? Kerana dia suka tidur di atas abu dan turut menggosok badannya dengan abu tersebut.
Ludvik Dolezal, 58, akan membakar apa sahaja benda yang ditemuinya sehingga rentung dan kemudiannya dia akan tidur di atas abu berkenaan.
Malah tilam dan selimurnya juga dibakar, bagi memenuhi tabiatnya itu.
“Setahun lalu saya telah berhenti kerja. Sejak itu saya tidur di atas abu dan setiap malam saya akan memasukkan abu-abu berkenaan ke dalam baju saya bagi menjadikannya panas.
“Orang ramai juga membantu saya dengan membawa tayar lama untuk dibakar,’’ katanya.
Dolezal, yang menetap di sebuah rumah lama dikatakan mengalami masalah mental, hingga menyebabkan dia mahu berkongsi hidupnya dengan api dan abu.
0 comments:
Post a Comment