Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian komersial antara firma-firma Malaysia dan Amerika Syarikat bernilai US$2 bilion dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans.
Memorandum persefahaman (MoU) pertama adalah antara GE Aviation dan AirAsia X bagi enjin 80E1 untuk 25 pesawat baharu Airbus A330-300 AirAsia X bernilai lebih US$1.5 bilion.
MoU kedua bagi Sime Darby menguasai 30 peratus pegangan bernilai US$30 juta dalam syarikat bioteknologi, Verdezyne, yang berpangkalan di San Diego.
Manakala MoU ketiga melibatkan perkongsian antara Ambank dan Metlife, yang melabur hampir US$250 juta untuk membeli saham dalam AmLife dan AmTakaful.
Ini merupakan pelaburan pertama Amerika Syarikat dalam pasaran takaful Malaysia.
Obama dalam ucapannya berkata hubungan erat dalam perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Syarikat mewujudkan peluang pekerjaan dan ekonomi di kedua-dua negara.
– BERNAMA
0 comments:
Post a Comment