KOTA BHARU Malaysia harus memastikan persekitaran yang kondusif bagi terus menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk terus menanam modal dan memperoleh keuntungan daripada pelaburan dan perniagaan mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah ini adalah perlu bagi memastikan ekonomi Malaysia dapat terus berkembang.
“Pertumbuhan ekonomi yang mapan dan berterusan juga penting agar kekayaan negara yang berkembang dapat diagihkan? semula kepada golongan yang memerlukan,” kata beliau dalam ucapan pada majlis penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014 di sini, hari ini.
Beliau berkata perpaduan dan keharmonian yang dinikmati di Malaysia telah membolehkan kerajaan melaksanakan program-program dan dasar-dasar yang telah dirangka secara berkesan.
“Hasilnya, negara telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang berterusan, sepertimana yang diumumkan oleh Bank Negara bahawa Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus untuk suku keempat 2013, walaupun disebalik persekitaran ekonomi global yang mencabar.
“Ekonomi negara diunjurkan berkemba?ng lebih kuku pada kadar 5.0 peratus hingga 5.5 peratus untuk keseluruhan 2014 seiring dengan prospek ekonomi dijangka lebih baik,” katanya.
MSAM 2014 dianjurkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), dengan sokongan 12 syarikat kumpulannya yang berperanan sebagai rakan premier, rakan utama, rakan program keagamaan dan rakan teknologi.
Program ini adalah penganjuran fasa kedua selepas melengkapkan penjelajahan ke seluruh negara? sejak pelancaran pertamanya di Kuala Lumpur pada 2000.
Menerusi PNB, Muhyiddin berkata lebih ramai golongan Bumiputera telah terlibat dalam pemilikan saham korporat yang mana lama-kelamaannya berjaya mengemudi syarikat-syarikat besar dan strategik negara.
“Umum menyedari peranan PNB sebagai satu platform untuk menyusun semula masyarakat dari aspek pembahagian kekayaan negara.
“Selain daripada pemberian dividen pelaburan, PNB juga berkongsi kekuatan dan keuntungan perniagaannya dengan orang ramai menerusi penganjuran program-program pendidikan sebegini (MSAM2014),” katanya.
Disebabkan keuntungan perniagaan, beliau berkata PNB mampu menampung perbelanjaan bagi melaksanakan program-program seumpama ini tanpa melibatkan wang-wang para pelabur yang diuruskannya.
MSAM 2014 yang bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB,’ menampilkan konsep segar, muda dan baru dengan konsep taman tema yang tertumpu kepada empat bidang; sukan; gaya hidup; teknologi dan ; beli-belah dan hiburan yang dinamakan Arena Aktif, Anjung Santai, Dimensi Digital dan Hiburia. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment