Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

Kuala Lumpur – Seorang jururawat sebuah pusat perubatan swasta diberkas polis selepas dipercayai menjadi ‘keldai dadah’ selain turut bersubahat melakukan aktiviti penyeludupan dadah syabu didalangi lelaki Afrika.

Wanita tempatan berusia 27 tahun itu turut dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang ketua sindiket itu yang giat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Kegiatan itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas pihak polis memberkas lima lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Republic Sierra Leone Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, semua suspek ditahan di beberapa lokasi di Damansara, Petaling Jaya, Sri Petaling, Gombak dan Cyberjaya.

Menurutnya, ketua sindiket berusia 30 tahun itu ditahan bersama seorang wanita tempatan di sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini.

“Suspek lelaki terbabit dikenal pasti sebagai perancang utama sindiket pengedaran syabu yang aktif sejak beberapa bulan lalu.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas 10.9 kilogram dadah syabu bernilai RM2.18 juta,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Noor Rashid berkata, semua lelaki yang ditahan itu didapati menggunakan pas pelajar untuk berada di negara ini.

“Mereka dipercayai turut menjadikan wanita tempatan sebagai `keldai dadah’ bagi membantu mereka menjual atau menyeludup dadah berkenaan ke luar negara.

“Modus operandi sindiket ini menggunakan penghantaran kargo udara untuk menyeludup bekalan dadah dari Nigeria.

Polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum menyeludup dadah ke negara lain,” katanya.

Beliau berkata, polis akan terus melakukan siasatan dan meningkatkan operasi bagi membanteras sebarang aktiviti pengedaran serta penyeludupan dadah ke negara ini.

“Semua suspek terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment