JITRA – Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam parit, di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku di Kilometer 33.1 arah Utara Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar ke Bandar Darul Aman, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa R Gananaathan, 27, mati di tempat kejadian selepas lemas akibat tersepit di tempat duduk pemandu dalam parit sedalam satu meter itu.
Sementara rakannya, S Thinissvaran, 27, pula cedera di mulut dan dibawa ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.
Dipercayai, dua rakan karib itu dalam perjalanan ke Alor Setar bagi menghadiri majlis hari jadi kenalan mereka, namun terbabas sehingga ke susur keluar Bandar Darul Aman, sebelum terbabas sehingga menjunam ke parit berkenaan. - BH Online
0 comments:
Post a Comment