Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 19, 2014

No Comment

PERTH – Sebanyak 11 pesawat dan 12 kapal akan membantu misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi dan data dari Bluefin-21 menunjukkan tiada penemuan konkrit setakat ini, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini.

JACC berkata, Bluefin-21 menamatkan enam selaman di dasar laut di kawasan sasaran dan hari ini membuat selaman kali ketujuh.
Setakat ini peralatan berkenaan sudah melaksanakan misi mencari di kawasan kira-kira 133 kilometer persegi.

“Data daripada selaman keenam sedang dianalisis. Tiada penemuan konkrit diperolehi setakat ini,” kata JACC.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) pula merancang membuat pencarian di kawasan kira-kira 50,200 kilometer persegi di tiga kawasan.

Cuaca hari ini pula diramalkan hujan di beberapa tempat dan tiupan angin di bahagian tenggara. – Agensi

0 comments:

Post a Comment