Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

**Kalau jadi kat Malaysia camni… mula la Red Bean Army DAP persendakan kerajaan dan pemimpin kita macam orang gila kat FB, Twitter. Mula la kelirukan minda kita.



SELEPAS  Perdana Menteri Australia Tony Abbott (gambar) membuat kenyataan bahawa pasukan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 amat yakin isyarat dikesan datang dari kotak hitam pesawat itu, Ketua Pusat Penyelaras Kerjasama Agensi (JACC) pula berkata sebaliknya.

Menurut Angus Houston, isyarat yang dikesan semalam oleh pesawat Tentera Udara Australia P-3 Orion telah disahkan tidak ada kaitan dengan isyarat yang dikeluarkan oleh sebuah kotak hitam pesawat.

“Pihak JACC telah membuat analisis ke atas isyarat akustik data berkenaan dan mengesahkan isyarat itu yang dikesan di dalam kawasan pencarian Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat MH370.

“Analisis lanjut akan dilakukan oleh Pusat Kerjasama Analisis Akustik Australia,” kata Houston dalam satu kenyataan di laman web JACC hari ini.

Beliau berkata, kapal Ocean Shield akan meneruskan misi lebih fokus dengan menunda alat pengesan ‘ping’ dan cuba mengesan lagi isyarat yang ada kaitan dengan pesawat MH370.

“Ia adalah mustahak untuk kita mengumpul sebanyak mana maklumat berkenaan isyarat berkenaan dipercayai bateri penghantar isyarat kecemasan itu masih berfungsi,” katanya.

Houston turut memaklumkan pesawat P-3 Orion akan meneruskan operasi mengesan isyarat bersama dengan kapal Ocean Shield dengan tiga misi telah diarahkan untuk dilaksanakan hari ini.

Beliau berkata keputusan untuk menggunakan aset kapal selam tanpa pemandu hanya akan dilakukan atas nasihat pakar yang berada atas kapal Ocean Shield dan ia mungkin memakan masa beberapa hari lagi.

“Dengan maklumat yang ada pada saya, tiada perkembangan penting terbaru dalam pencarian pesawat MH370, saya akan terus memberikan kepada anda perkembangan terbaru, jika diperolehi,” katanya.

Kenyataan JACC itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Abbott di Shanghai yang berbunyi begitu yakin isyarat yang dikesan adalah dari pesawat MH370.

Berkemungkinan JACC hanya merujuk kepada isyarat yang dikesan pada semalam dan bukannya rangkaian isyarat yang dikesan sejak Sabtu lepas.

Bagi Abbott pula, beliau merujuk kepada beberapa siri isyarat yang dikesan sejak Sabtu lepas yang membawa kepada pengumuman berkenaan di China. – SiakapKeli.com

Oleh : Airy Aris

0 comments:

Post a Comment