Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 6, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan terus melaporkan mengenai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, bagi membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan mutakhir pencarian itu yang masuk hari ke-30 hari ini.

Sambil meminta media arus perdana lain turut berbuat demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah itu membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini yang tepat.

Beliau berkata ini juga dapat menangkis laporan negatif media asing yang berniat provokasi terhadap negara selain laporan tidak tepat di laman sosial. “Laporan baharu dan tepat sangat diperlukan ketika negara dikritik media asing.

Bagi mengatasi perkara itu, kementerian telah mengaturkan dengan CCTV News (agensi televisyen China) untuk menyiarkan dua temu bual dengan (Pemangku Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menerangkan insiden itu kepada masyarakat China,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian projek perintis Terengganu Open WiFi oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di sini.

Jailani berkata walaupun operasi pusat media yang dikendalikan Jabatan Penerangan di Pusat Dagangan Dunia Putra tamat pada Selasa ini, RTM dan BERNAMA akan terus melaporkan berita semasa dan terkini mengenai MH370.

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment