Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 13, 2014

No Comment

Zhenjiang – Pakar bedah di hospital di Yueqing tersilap membuang dua per tiga perut seorang wanita yang tidak mempunyai masalah kerana mempunyai nama yang sama dengan seorang lagi pesakit yang sepatutnya dibedah.

China.org melaporkan, warga emas yang dikenali sebagai Chen pada mulanya hanya datang membuat pemeriksaan di hospital berkenaan selepas mengadu sakit perut.

Menurut menantu pesakit malang itu, Wang, memandangkan Chen dan suaminya tidak boleh membaca mereka tidak memahami laporan yang dikeluarkan doktor.

Namun, apabila anak mereka mendapati laporan itu menyebut Chen mempunyai kanser, mereka bergegas untuk berbincang dengan doktor yang menasihatkan pembedahan segera perlu dijalankan.

Sehingga pembedahan selesai dijalankan, perkara itu masih belum disedari sehinggalah pesakit sebenar datang untuk mengambil laporannya dan laporan itu dikatakan hilang.

Timbalan pengarah perhubungan perubatan hospital berkenaan, Nan Xiaohao berkata, kesilapan itu berlaku kerana kecuaian dan kebetulan kedua-dua pesakit mempunyai nama yang sama dan hadir ke hospital untuk membuat pemeriksaan perut pada hari yang sama. – Agensi

0 comments:

Post a Comment