Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

ADUHAI… Pelik pula kami dengan pelakon Fiza Elite ini.

Jika semalam kami kongsikan kisah mengenai dirinya yang sudah memuatnaik kembali gambar suaminya, Adam AF di laman Instagram, hari ini gambar tersebut sudah pun dipadamkan.


Bukan itu sahaja, malah gambar lain selepas tarikh 21 Januari tahun ini juga sudah tiada.

Kalau diikutkan, memanglah akaun Instagram itu hak Fiza. Pendek kata, ikut sukalah hendak padam atau terus simpan gambar.

Tetapi, jangan lupa sebagai ‘public figure’, setiap perkara ‘pelik’ yang berlaku akan menjadi perhatian para peminat sekaligus membuatkan mereka mencipta pelbagai spekulasi.

Tambahan lagi, kedua-duanya masih tidak mahu berterus-terang dan sentiasa berkias-kias dalam kenyataan mengenai rumahtangga mereka.

Adakah tindakannya memadamkan gambar itu ada kaitannya dengan sebutan kes cerai yang dikatakan akan berlangsung pada Isnin depan?

Sama-sama kita nantikan…

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment