Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

Jakarta – Seorang penganggur memberitahu polis, dia terpaksa menikam seorang pemandu teksi sehingga mati Selasa lalu kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

Setio Haryadi, 24, mendakwa dia membunuh Muhtadin, 49, selepas usahanya mencari kerja di bandar raya Jakarta selama beberapa hari gagal membuahkan hasil.

“Saya datang ke Jakarta untuk mencari pekerjaan, namun pada hari keempat di sini, saya kehabisan wang.

“Saya tidak ada cara lain kecuali cuba merompak pemandu teksi,” katanya.

Menurut Setio, dia menahan teksi Muhtadin di terminal Pulogadung, Jakarta Timur dan meminta dihantar ke rumah seorang rakan di Duren Sawit.

Ketika dalam perjalanan, katanya, dia mengacukan pisau ke leher Muhtadin.

Bagaimanapun, kata Setio, Muhtadin tiba-tiba memberhentikan teksinya.

“Disebabkan dia enggan menyerahkan wang, saya menikamnya buat kali pertama,” katanya menceritakan detik berkenaan di Jambatan Klender itu.

Menurut Setio, selepas ditikam Muhtadin bersetuju menyerahkan wang yang diminta, tetapi pada masa sama cuba bertindak balas terhadapnya.

“Saya menikamnya beberapa kali kerana melawan,” katanya.

Dia kemudian cuba melarikan diri.

Seorang saksi berkata, dia bersama beberapa yang lain mengejar dan menahan Setio selepas terdengar suara meminta tolong.

Sementara itu, jurucakap polis Duren Sawit berkata, mereka masih menjalankan siasatan lengkap terhadap kes berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.- Agensi

0 comments:

Post a Comment