Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 26, 2014

No Comment

“SAYA membunuhnya dan gembira melakukannya”. Itu kata-kata seorang remaja sewaktu tiba di sekolah dengan pakaian yang berlumuran darah selepas menikam neneknya sebanyak 57 kali sehingga mati.

Dalam kejadian yang berlaku di selatan-barat Atlanta pada Jumaat minggu lalu, Charles Price, 14, menikam Mary Price, 76, di kediamannya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Pihak sekolah yang mendengar pengakuan remaja itu segera menghubungi pihak polis yang kemudiannya bergegas ke rumah mangsa dan menemui tompokon darah bermula dari dapur sehingga ke ruang tamu.


Pegawai polis yang berada di tempat kejadian menyifatkan ia sebagai jenayah yang cukup menggerunkan.

Dua pisau yang sudah patah turut ditemui di bahagian dapur dan ruang tamu rumah tersebut.

Salah seorang bapa saudara remaja itu percaya pertengkaran antara Charles dengan neneknya ada kaitannya dengan televisyen.

Remaja itu kini ditahan dan tidak dibenarkan ikat jamin sehingga perbicaraan di mahkamah hujung bulan ini.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

(Sumber: Daily Mail)

0 comments:

Post a Comment