Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

SYARIKAT Singapore Airlines (SIA) telah memeterai perjanjian dengan kumpulan Formula 1 (F1) untuk menjadi penaja ‘nama’ bagi acara perlumbaan paling berprestij dunia itu di Singapura.

Perlumbaan F1 di Singapura kali ini akan dinamakan “2014 Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix”.

SIA mengambil alih peranan penajaan itu dari syarikat telekomunikasi SingTel yang menaja nama kejohanan di Singapura sejak 2008.

Ketua Pegawai Eksekutif SIA Goh Choon Phong dalam satu kenyataan berkata pihaknya begitu gembira berikutan berjaya menaja nama perlumbaan yang merupakan antara acara menarik dalam kalendar F1 setiap tahun.

Penajaan itu juga hadir tepat pada masanya apabila Singapura bakal menyambut ulangtahunya yang ke-50 tahun hadapan.

SIA sentiasa menyokong perkembangan dan pembangunan industri pelancongan dan sukan, menerusi penglibatan kami dalam perlumbaan F1 yang dilangsungkan pada malam hari di sini, kami boleh membantu perkembangan untuk Singapura dan pelancong yang datang ke sini,” kata Goh. -

0 comments:

Post a Comment