Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

Sebelum ini bukan sedikit berita mengenai persoalan status sebenar di antara penyanyi bersuara merdu, Alyah dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Malah terdapat desas-desus mengatakan pasangan ini sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangga namun masih tidak didedahkan kepada umum.

Alyah pula ternyata lebih selesa untuk tidak mengiyakan atau menafikan sebarang spekulasi yang menimpa dirinya dengan Ramli MS.


Malah, penyanyi kelahiran Johor itu juga mendedahkan persoalan status hubungan mereka kepada umum pada penghujung tahun ini.

“Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidka pernah mengaku atau menafikan persoalan yang berlegar dalam fikiran ramai. Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup.

“Saya sendiri mengharap ada penamat di atas semua yang menjadi tanda tanya selama ini. Saya sedar benda ini terus berlarutan dan ramai yang akan bertanya. Selalunya orang akan tanya saya dan bukan dia (Ramli MS). InsyaAllah akan tiba masanya, Alyah tanpa ragu akan merungkaikannya,” katanya memetik laporan Bi-Pop, baru-baru ini. – SiakapKeli.com

Oleh: Audrey Lee

0 comments:

Post a Comment