Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 25, 2014

No Comment

TOKYO – Menteri Ekonomi Jepun, Akira Amari, berkata Tokyo belum mencapai persetujuan asas dengan Washington berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) biarpun selepas rundingan peringkat tertinggi.

Sebelum ini, terdapat harapan bahawa Tokyo dan Washington mungkin dapat memecahkan kebuntuan rundingan itu ketika lawatan rasmi Presiden Barack Obama ke Jepun.

Bercakap beberapa jam sebelum Obama berlepas, Amari berkata apa yang sudah dicapai “bukanlah perjanjian asas walaupun terdapat kemajuan”.

Obama dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe gagal mencapai persetujuan TPP semasa pertemuan antara mereka tetapi memberitahu delegasi masing-masing untuk meneruskan rundingan.

Obama juga menggesa Jepun mengambil “langkah berani” untuk memeterai TPPA.

Obama yang tiba di Tokyo lewat kelmarin, adalah dalam rangka lawatan ke rantau ini yang membawa beliau ke Korea Selatan, Malaysia dan Filipina. – AFP

0 comments:

Post a Comment