KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu bercadang mewujudkan projek pembangunan berimpak tinggi melibatkan golongan nelayan dengan mengguna pakai model pembangunan yang diaplikasikan untuk golongan peneroka di daratan seperti yang dirintis oleh Felda sebelum ini.
Berikutan kejayaan cemerlang yang dilakar Felda itu, Terengganu mahu menggunakan pendekatan itu untuk dilaksanakan di persisiran pantai dan projek yang akan dikenali sebagai ‘Sea-Felda’ itu diharap mampu mengubah corak kehidupan nelayan agar lebih berdikari serta menjamin masa depan generasi seterusnya.
Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu berserta perincian yang lebih lengkap kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Felda begitu cemerlang sekali dan kejayaannya dalam memberi kehidupan yang lebih selesa kepada ribuan peneroka kini menjadi sebutan dunia yang kagum dengan kemampuan Felda untuk merealisasikan agenda perubahan sebegitu besar.
“Sudah tiba masanya tumpuan diberi terhadap golongan nelayan pula agar pekerjaan itu akan dipandang tinggi dengan pendapatan yang lebih stabil dan lumayan hasil penggunaan teknologi lebih canggih untuk menangkap ikan serta sistem kehidupan yang lebih teratur seperti masyarakat peneroka di perkampungan Felda,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan Idea For Ummah anjuran Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu di sini hari ini.
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir berkata cadangan itu kelak turut memberi fokus kepada keluarga nelayan melalui industri hiliran berasaskan hasil laut di penempatan mereka sebagai aktiviti ekonomi tambahan.
“Cadangan asalnya kita mahu projek itu dibuat di Kampung Seberang Pak Abu namun perincian seperti kos, jumlah nelayan terlibat dan model pengisiannya akan diputuskan lebih lanjut bersama agensi kerajaan yang terlibat kelak,” katanya. – BERNAMA

0 comments:
Post a Comment