Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 7, 2013

No Comment

Selebriti Program Realiti TV Direman Rogol Kekasih
Selebriti Program Realiti TV Direman Rogol Kekasih - Anggota polis mengiringi suspek selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.
Sehingga hari ini, para peminat dunia hiburan masih berteka teki akan identiti selebriti yang didakwa merogol teman wanita sendiri sehingga tertangkap oleh pihak polis selepas menerima aduan.
Menerusi satu laporan Kosmo! hari ini, akhbar tersebut ada menyiarkan sekeping gambar yang mungkin boleh membantu anda semua yang ingin mengenalpasti penyanyi muda ini.
Perkembangan terbaru menyebut pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman juara program realiti TV ini selama dua hari untuk membantu siasatan.
Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen TV.
“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut”
“Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment