Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, April 6, 2013

No Comment

Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.
xlupadotcom3 Ahli Arkeologi Temui Bandar Nabi Ibrahim
Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur. Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
43eae5c05b81150b2e0f6a706700644a Ahli Arkeologi Temui Bandar Nabi Ibrahim
Ahli Arkeologi Temui Bandar Nabi Ibrahim
Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.
Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an. Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
5739 Ahli Arkeologi Temui Bandar Nabi Ibrahim
Campbell berkata, salah sebuah artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci
Biblical%20home%20of%20Abraham%20dig Ahli Arkeologi Temui Bandar Nabi Ibrahim
 Ahli Arkeologi Temui Bandar Nabi Ibrahim

0 comments:

Post a Comment