Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 14, 2013

No Comment
doktor


MELAKA — Polis menahan seorang pondan yang menyamar
sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah Melaka
Tengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing
berkata lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai ‘Doktor Ika’ itu turut
memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi menyakinkan majikan untuk
mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.
Beliau berkata lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor
dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon
pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan
Melaka Baru sejak Januari lepas.
“Salinan sijil yang dicetak berkenaan mempunyai nombor siri yang sebenarnya
milik pegawai perubatan lain tetapi dipalsukan suspek,” katanya pada sidang
akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Ampang, Kuala
Lumpur itu, didapati menyewa rumah di Batu Berendam di sini dan dipercayai turut
menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum berpindah ke Melaka
bagi mengelak dikesan.
Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap
itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang
mendapatkan rawatan.
Soh berkata bagaimanapun penyamaran doktor palsu yang berwajah ayu, bertubuh
kecil dan sering berbaju kurung serta bertudung itu terbongkar apabila sebuah
klinik di Batu Berendam menerima aduan daripada seorang isteri pesakit yang
memberitahu suspek sering menghubungi suaminya melalui telefon bimbit.
Beliau berkata aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan maklumat
peribadi sebenar doktor palsu tersebut yang dilakukan klinik berkenaan sebelum
membuat laporan polis pada 8 April lepas.
Katanya bertindak atas aduan tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan dan
seorang pegawai JSJK menyamar menjadi pesakit suspek sebelum berjaya menahannya
di Batu Berendam pada 11 April lepas.
Sehubungan itu beliau meminta mangsa yang terdiri daripada pemilik
klinik yang pernah menggaji suspek dan bekas pesakit yang pernah mendapatkan
rawatan tampil bagi membantu siasatan.
Lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan dan
kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan
menipu, katanya.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment