Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 21, 2013

2 comments
kemalangan maut


Seperti yang kita tahu, Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway pada 3.20 pagi tadi menyaksikan satu kemalangan ngeri yang mengorbankan lima nyawa.
Ia melibatkan dua buah kereta dan empat buah motosikal di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang selepas susur Persiaran Kayangan.
Mayat mangsa bergelimpangan di tepi lebuh raya itu.
Apa yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan kemalangn itu?
Kemalangan asal melibatkan pemandu mabuk kereta jenis Honda City merempuh tiga penunggang motosikal yang berhenti di tepi lebuh raya itu selepas motosikal mereka rosak.
Dalam kemalangan pertama itu, pemandu dan tiga pengguna motosikal maut.
Kematian kelima berlaku apabila seorang lagi penunggang motosikal lain merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti tidak jauh dari lokasi kemalangan.
Persoalan yang timbul kini ialah mengapa pengguna motosikal berkenaan tidak menggunakan laluan motosikal.
Kami akan cuba merungkai sebab mengapa ramai yang memilih untuk tidak menggunakan lalun motosikal di Lebuhraya Persekutuan terutama di waktu malam dalam beberapa hari lagi.

2 comments:

  1. da ter jawab da persoalan admin..

    ReplyDelete
  2. Sebab sblh lorong motosikl ialah lorong 1. Lorg 1 biasanye di gunakn olh lori2 besar. Masa diorg memndu. Bkn pndg un moto yg kcik yg ditepi. Main slmba seret tepi. Tu pngg motosikal lbh suka ikot lorg tgh

    ReplyDelete