Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 28, 2013

No Comment
Bom

PESHAWAR – Dua serangan berani mati menggegarkan kawasan pasar sibuk di barat laut Pakistan kelmarin dan mengorbankan 51 orang serta mencederakan lebih 150 yang lain, kata beberapa pegawai.
Serangan bom berkembar di pekan Parachinar, daerah Kurram dekat sempadan Afghanistan berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa.
Angka korban dan mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut disahkan oleh ketua hospital awam di Kurram, Dr. Sabir Hussein.
“Kami telah menghantar 20 mangsa yang kritikal ke hospital besar di Peshawar dan Kohat,” katanya kepada agensi berita AFP.
Dalam pada itu, jurucakap pentadbiran di Parachinar, Riaz Mehsud berkata, kedua-dua letupan itu dilakukan oleh pengebom berani mati.
Menurut Riaz, letupan menyebabkan sejumlah kereta sorong berterbangan. Ia turut merosakkan lebih 15 premis dan dua buah kereta.
“Kami menemui banyak anggota tubuh termasuk milik pengebom berani mati. Terdapat kesan darah dan cebisan daging manusia di lokasi kejadian,” katanya.
Letupan tersebut berlaku di sebahagian besar kawasan pengikut Syiah. Namun, pihak berkuasa menyatakan mereka belum dapat mengecam identiti mangsa.
Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab. Tetapi, siri serangan yang dilancarkan pengikut pelampau Sunnah terhadap minoriti Syiah Pakistan kian meningkat terutama di Kurram.
Pengikut Syiah mewakili 20 peratus daripada 180 juta penduduk di negara kuasa nuklear itu.
Lebih 6,000 orang dilaporkan terbunuh dalam beberapa serangan di Pakistan sejak enam tahun lalu. – AFP

0 comments:

Post a Comment