Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 28, 2013

No Comment
Tinggal Anak Dalam Kereta Sebab Dadah

MELAKA – Seorang lelaki sanggup meninggalkan anak perempuannya berusia empat tahun bersendirian dalam kereta di tepi jalan semata-mata untuk membeli dadah di satu kawasan berhampiran Penjara Sungai Udang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata polis yang membuat serbuan Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit kemudian berjaya menahan lelaki berusia awal 30-an itu.
“Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza…kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Salehhudin berkata dalam operasi pada 6 pagi dan berakhir 6 petang semalam di kawasan ladang itu, polis turut menahan 33 lagi lelaki berusia antara 26 hingga 62 tahun mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.
Katanya hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka berusia 20-an didapati memiliki empat tiub straw dadah dipercayai heroin dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. – Bernama

0 comments:

Post a Comment