Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 26, 2013

No Comment
Lisa Surihani

Pelakon popular Lisa Surihani Mohamed mengakui bahawa dia berasa teruja untuk bekerja di bawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim.
Lisa bakal terlibat dengan filem terbaru terbitan KRU Studios, Cicakman 3 yang menampilkan Zizan sebagai hero, menggantikan Saiful Apek.
“Saya pernah ikut Yusry di set penggambaran, jadi saya sudah tahu bagaimana cara kerja dia. Saya sangat teruja untuk berlakon di bawah arahan Yusry. Kami juga sering berbincang tentang kerja,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.
Menerusi filem itu, Lisa akan menggalas watak sebagai isteri kepada Zizan iaitu Linda dan Lisa menyatakan tiada istilah cemburu yang akan timbul di antara dirinya dan Yusry berhubung perkara tersebut.
“Kami profesional. Masalah cemburu ini tidak akan jadi isu. Malah, Yusry sendiri yang mencadangkan nama manja antara watak saya dan Zizan dalam filem ini,” katanya.
Selain Zizan dan Lisa, filem berskala besar itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Yus Jambu, Azizah Mahzan, Rashidi Ishak dan Kaza.
Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment