Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 27, 2013

No Comment
Muhammad Ramli Nuh

KUALA TERENGGANU – Negeri yang belum memfatwakan anti Syiah dicadangkan berbuat demikian sekiranya mahu memastikan penularan dan penyebaran fahaman Syiah disekat di negara ini.

Timbalan Pengerusi Agama dan Pendidikan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh berkata, fatwa pengharaman Syiah tidak hanya dibuat di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan, malah perlu difatwakan di peringkat negeri untuk mengekang penyebaran fahaman itu.

Sehubungan itu menurutnya, negeri perlu mbil pendekatan selari sebagaimana akan diikuti Kerajaan Kedah untuk memastikan pengamal Syiah yang jelas bertentangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah boleh dikenakan tindakan.

“Di Terengganu sendiri, ia hanya disebut secara umum berdasarkan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu Tahun 2001 iaitu melalui rujukan kesalahan kepada Enakmen Islam Jenayah Syariah (Takzir)
(Terengganu 2001) melibatkan isu akidah.

 “Ia kategori umum melibatkan kesalahan yang menyimpang daripada Ahlul Sunnah Wal Jamaah membabitkan  empat mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, kerajaan negeri mempunyai hak mutlak untuk menggazet anti Syiah sebagai usaha menyekat penularan Syiah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu berada di bawah undang-undang negeri dan ia terpulang kuasa ketua negeri untuk menggazet fatwa anti Syiah.

Muhammad Ramli berkata, fatwa di peringkat kebangsaan dilihat sebagai rujukan semata-mata kerana tindakan tidak boleh diambil jika amalan Syiah beroperasi di negeri tertentu sedangkan negeri itu tidak memfatwakan pengharaman tersebut.

0 comments:

Post a Comment