Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 26, 2013

No Comment
VIDEO: Bila RM10,000 DISAMUN Kurang Dari 10 Saat Di Ampang Point

KEJADIAN ini didakwa berlaku sekitar jam 7.45 malam 18 Julai lalu di pusat membeli belah tumpuan warga kota, Ampang Point.
Beg duit mangsa yang berjumlah kira-kira RM10,000 ‘lesap’ angkara perbuatan sekumpulan penjenayah licik.
Lihat turutan klip video ini.
Suspek pertama: 19:45:41, lelaki memakai t-shirt putih dan jaket biru gelap mengekori mangsa.
Suspek kedua: 19:45: 50, lelaki berbaju putih dan berkaca mata dilihat merapati mangsa.
Suspek ketiga: 19:46:06, lelaki berbaju putih dilihat memegang beg hitam boleh lipat dan terus menyandang beg berkenaan sebaik saja merapati mangsa.
Suspek keempat: 19:46:16, lelaki berbaju hitam dilihat berada di situ, suspek ketiga dan keempat berlegar di kawasan sama sambil cuba menggunakan bahasa tubuh. Suspek keempat cuba merapati mangsa sebelum berlalu pergi.
Suspek kelima: 19:46:23, wanita berbaju putih membawa beg dilihat berada di lokasi dan berlalu melewati suspek ketiga.
9:46:51 , suspek keempat cuba menutup wajahnya setelah menyedari kehadiran CCTV.
19:46:52 , suspek kedua, ketiga, keempat dan keenam dilihat berada di belakang mangsa manakala suspek pertama berdiri berhampiran kaunter, kira-kira lima kaki dari mangsa.
19:48:52 – suspek ketujuh berpura-pura tunduk membersihkan sos yang kononnya tumpah di kaki mangsa untuk menarik perhatiannya
19:48:53 , suspek ketiga segera merapati mangsa dan berjaya mencuri beg duitnya tanpa disedari. 
Pada masa yang sama, suspek pertama berada betul-betul di belakang suspek ketiga untuk ‘melindungi’ perbuatan kawannya itu.
Suspek keenam pula berdiri berhampiran kaunter bagi ‘menghalang’ orang ramai daripada melihat perbuatan jahat mereka.
Suspek keempat berdiri di belakang mangsa bagi menghalang jurujual di kedai TM nampak apa yang berlaku manakala suspek kelima cuba mengalihkan perhatian gadis yang menjual ais krim itu.
19:49:03 – Semua suspek dilihat beredar bersama dengan HABUAN yang cukup besar pada malam itu…mudah, cukup mudah! (sumber Malaysian Crime Awareness Campaign)

0 comments:

Post a Comment