Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 28, 2013

No Comment
Shisha

Pada 17 Julai lepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengadakan Muzakarah Khas bersidang untuk membincangkan Hukum Shisha menurut pandangan syarak. Oleh itu, Muzakarah telah membuat keputusan bahawa Shisha adalah haram.
Umat Islam dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.
Susulan daripada keputusan itu, satu video dimuatnaik semalam di laman YouTube memaparkan luahan para peniaga Melayu dan para penggemar Shisha memohon kerajaan mengkaji semula Fatwa mengharamkan keseronokan menghisap “asap berperisa” itu.
Dalam video selama 3.36 minit oleh rakyatnews.my itu, seorang penggemar Shisha Mohd Albaqirr Arfan berkata dia sudah menghisap Shisha selama sembilan tahun dan meminta kerajaan mengharamkan rokok dan arak dahulu sebelum haramkan Shisha.
Ini adalah contoh mereka yang tidak membaca dan mengkaji dengan lebih lanjut maklumat yang ada. Fatwa mengatakan rokok haram sudah pun diputuskan pada 23 Mac 1995 dengan maklumat lengkap dari segi saintifik mengapa ia diharamkan, anda boleh baca sendiri di SINI (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam).
Ini samalah kisahnya seperti isu Ratu Cantik itu. Sudah jelas hukumnya haram, masih hendak dipertikaikan lagi. Seorang lelaki di dalam video berkenaan meminta kerajaan membuktikan kenapa Shisha di mesti diharamkan?
Dalam keputusan lengkap Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dijelaskan bahawa pihak jawatankuasa sudah mendengar dan melihat maklumat serta bukti saintifik dari pakar di Kementerian Kesihatan berkenaan bahaya Shisha sebelum membuat keputusan.
Yang peliknya, banyak lagi perniagaan lain yang memberi keuntungan tanpa membahayakan kesihatan, kenapa ramai golongan muda Melayu ini menceburkan diri dengan berniaga Shisha.
Jelas pada penglihatan mata ketika menghisap Shisha kebanyakan golongan muda gemar melepak dan menghabiskan masa berbual sekaligus meninggalkan fardhu solat dan entah pukul berapa mereka akan balik ke rumah.
Kepada yang jahil, rujuklah mereka yang arif dan juga layarilah laman web Jawatankuasa Fatwa untuk mengetahui sebab-sebab mengapa sesuatu fatwa itu dibuat. – mynewshub.my
Pada 17 Julai lepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengadakan Muzakarah Khas bersidang untuk membincangkan Hukum Shisha menurut pandangan syarak. Oleh itu, Muzakarah telah membuat keputusan bahawa Shisha adalah haram.
OLEH : IBNU

0 comments:

Post a Comment