Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 26, 2013

No Comment
Minions

Selepas kegilaan orang ramai mendapatkan patung cenderamata Minions iaitu watak dalam filem Despicable dan Despicable Me 2 dari restoran McDonald’s, kali ini video-video pendek memaparkan aksi lucu mereka pula banyak dihasilkan di laman YouTube.
Dimuatnaik pada 14 Julai lalu, sebuah video memaparkan minions ini melakukan senaman menjadi tarikan para pelayar internet untuk melihat aksi comel mereka membuat pergerakan sambil diajar oleh seorang jurulatih jelita.
Video tiga bahagian selama 1.06 minit memperlihatkan minions ini bersenam dengan dibantu oleh seorang jurulatih wanita.
Video pertama menceritakan tentang pertanyaan jurulatih tentang bahagian mana yang ingin diberikan fokus untuk menjadi lebih kurus.
Bahagian kedua menunjukkan minions sedang berlatih di atas mesin senaman “treadmill” yang dipenuhi banyak unsur lucu seperti mana kemunculan mereka yang kali ini lebih kerap di dalam filem sekuel Despicable Me. Video ketiga pula memaparkan Minions ketika bersenam beramai-ramai.
Para peminat watak Gru dan anak-anak angkatnya pasti ternanti-nanti karya seterusnya Despicable Me 3 jika ia akan diterbitkan. Peminat boleh bergelak ketawa lagi dengan telatah comel minions ini. – mynewshub.my
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment