Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 28, 2013

No Comment
Basikal

Ciptaan ini mungkin agak bising tetapi agak menarik juga. Video ini memaparkan seorang lelaki yang mencipta “Basikal Bubble Wrap”. Apa itu “bubble wrap”?? Ia adalah sejenis plastik yang digunakan untuk membungkus produk yang mudah pecah dan rosak.
Kita masa kecil-kecil dulu kan suka meletupkan bebola angin di plastik itu, kadangkala sehingga habis bebola angin itu kita letupkan anginnya.
Caranya mudah, ketika penunggang mengayuh basikal ke depan plastik itu akan dilepaskan di jalan dan meletup apabila tayar basikal melaluinya.
Basikal “bubble wrap” adalah hasil idea seorang pelakon komedi Amerika Syarikat Eric Buss yang memuatnaik video beliau menunggang basikal itu di sebuah kawasan perumahan di laman YouTube.
Video itu mengundang pelbagai komen di laman YouTube dan ada antaranya mempersoalkan yang Eric gagal meletupkan semua bebola angin sebaliknya hanya yang dilalui oleh tayar basikal sahaja.
Bising tetapi kreatif. – mynewshub.my
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment