Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 27, 2013

No Comment
Isu kantin

SHAH ALAM - Wanita Gerakan hari ini mengutuk tindakan individu yang menggangu seorang wanita yang dikatakan sebagai individu yang merakam gambar pelajar-pelajar bukan Islam makan di 'kantin sekolah', baru-baru ini.

Ketua Setiausahanya, Jayanthi Devi Balaguru berkata, beliau bimbang akan keselamatan wanita berkenaan kerana beliau turut menerima laporan yang mendakwa bahawa anak wanita itu turut dibuli ekoran kontroversi tu.

"Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk meletakkan ibu dan kanak-kanak di bawah satu tekanan teruk.

“Mereka harus faham bahawa sebagai ibu bapa, ia adalah sedih melihat anak-anak mereka perlu mengambil makanan tengah hari mereka di dalam bilik mandi seperti yang berlaku dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal minggu ini, negara dikejutkan dengan penyebaran gambar yang menunjukkan beberapa pelajar sedang makan di bilik persalinan Sekolah Kebangsaan Pristana, Sungai Buloh sepanjang bulan Ramadan ini.

Ekoran kontroversi itu, ia turut mendapat liputan yang meluas termasuk reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang meminta siasatan dilakukan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ‘jika ada asas’.

Sehubungan itu, Jayanthi turut menggesa agar wanita itu diberi perlindungan dan juga anaknya.

“Kedua-dua ibu dan anak ini layak untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya,” katanya.

Beliau juga meminta ulasan mengenai Akta Pemberi Maklumat 2010 yang hanya menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat jika hanya mereka membuat pendedahan kepada agensi penguat kuasa yang diberi kuasa dan tidak memberi apa-apa perlindungan kepada pemberi maklumat yang ‘mengadu ’kepada media.

“Jika diteliti mereka gagal untuk memenuhi syarat-syarat ini.

“Mereka amat lemah dan pasti memerlukan perlindungan undang-undang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment