China – Gara-gara bergurau tidak kena tempat, seorang budak lelaki berusia 13 tahun cedera parah selepas dua lelaki memasukkan pam angin yang digunakan di bengkel baiki kenderaan, ke dalam duburnya.
Akibat
perbuatan bodoh, Du Chuanwang, dari Shandong cedera parah termasuk
mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan organnya berfungsi.
Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika remaja berkenaan sedang membantu mekanik membaiki kereta di sebuah bengkel.
Menurut doktor, tekanan udara di bahagian abdomen amat kuat menyebabkan kaki Du bertukar menjadi biru.
Menurut doktor, tekanan udara di bahagian abdomen amat kuat menyebabkan kaki Du bertukar menjadi biru.
“Kami
terpaksa membelah perutnya untuk mengeluarkan gas tersebut dan selain
itu usus kecilnya juga mengalami pendarahan teruk,’’ kata doktor.
Kecederaan parah itu juga menyebabkan Du koma selama seminggu .
Dua lelaki tersebut telah ditangkap dan mereka mendakwa perbuatan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada gurauan.
Mereka mendakwa memasukkan pam itu ke dalam lubang dubur Du selepas dia ditolak ke tanah.
Sementara itu, Du kini dipindahkan daripada unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Shangdong ke Hospital Kanak-Kanak di Beijing.
Biarpun
keadaan Du kini stabil namun usus kecilnya, paru-paru dan hidungnya
dijangkiti bakteria yang teruk manakala gegendang telinganya juga cedera
parah.
Du dihantar bekerja di bengkel tersebut selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu.
Memandangkan
pemilik bengkel itu merupakan rakan keluarganya, maka dia diharapkan
dapat membimbing Du biarpun Du tidak dibayar gaji, hanya diberikan
pakaian dan makanan.
Bagaimanapun
kemiskinan yang melanda keluarga Du menyebabkan mereka tidak mampu
membayar kos rawatan yang setakat ini berjumlah 100,000 yuan.
Namun
mujurlah ada kumpulan NGO yang sedia membantu selain persetujuan
daripada pemilik bengkel itu untuk menanggung 60 peratus kos perubatan
remaja malang tersebut.
0 comments:
Post a Comment