Sebelum ini, AC Mizal telah mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkenaan
isu yang dikatakan telah menghina dan mencabar kredibiliti PDRM.
Lantaran dari itu, Abby telah menyahut cabaran AC menerusi kenyataannya di laman sosial, Twitter.
Dia turut menyatakan yang tindakan serta kata-katakannya sewaktu
perhimpunan di hadapan Kem Kemunting pada 8 Julai lalu bukanlah satu
penghinaan.
Justeru, Abby telah mencabar AC sama ada boleh menerima hakikat jika
Abby berjaya membuktikan yang kata-katanya bukanlah satu penghinaan.
Abby turut menyatakan apa yang diluahkannya pada perhimpunan tersebut
merupakan kritikan terhadap salah laku segelintir mereka (PDRM).
Selain itu, dia juga akan hadir membawa bukti, saksi dan magsa untuk ditunjukkan kepada AC Mizal.
Diharap supaya perdebatan tersebut dapat diadakan secara terbuka buat
tontonan umum agar penonton dapat membuat kesimpulan mereka
masing-masing.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja ‘bekas pegawai Polis’ beraksi di pentas perdebatan.
0 comments:
Post a Comment