Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 3, 2012

No Comment

Siti Nordiana atau Nana memberitahu hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie, empat tahun.

Kini Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Nana mengakui yang dia sudah lama mengenalinya dan dia juga sedang berusaha memikat hati Ryyan.

"Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

"Dia sebaya dengan Nana (28) dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujar Nana -sumber mStar.

0 comments:

Post a Comment